PUISI BONGOK - Kisah Dua Hati
Tatkala dua hati itu bersama,
Tatkala dua hati itu bersama,
Tali kasih semakin
utuh,
Disimpul mati katanya.
Tatkala dua hati itu gembira,
Luahan rasa segan silu,
Bagai tiada rahsia keduanya.
Tatkala dua hati itu senang,
Hari hari merindui,
Hari hari ingin berjumpa.
Tatkala dua hati itu bermain,
Seronok sekali tidak terhingga,
Terlupa dunia sementara.
Tatkala dua hati itu berduka,
Perasaan dikongsi bahu diberi,
Agar berdua merasai derita.
Tatkala dua hati itu bermasam muka,
Keduanya berpaling tidak mahu bersua,
Tidak mahu lagi jalan berdua.

Ulasan
Catat Ulasan