Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

PUISI BONGOK 2 - Insan Kurang Cerdik

Mengisahkan kisah hidup seorang insan yang lembab dan tidak pandai. Di dalam kepalanya sering menerawang kisah-kisah lama dan silam , yang pahit dan manis. Hidupnya tidak seperti orang yang lain-lain, sepertinya dirasakan hidupnya langsung tiada kemajuan. Dahulu, insan ini sering memberontak mahukan kebebasan, setelah sekian lama hidup dalam peraturan dan statik. Apabila bersama rakan-rakan, insan ini merasakan dirinya sangat kerdil, tidak layak duduk bersama. Tidak pandai belajar, dan banyak benda tidak tahu. Tidak seiring dengan umur. Ilmu yang diberi guru, sedikit yang masuk , banyak yang keluar. Tidak melekat, tidak dapat dihadam. Bukan tidak mahu menghadam, tetapi kapasiti otaknya terhad. Ilmu yang diberi guru, dirasakan sia-sia sahaja, kerana dia tidak dapat mengerti malah mengaplikasikan ilmu dalam kehidupannya. Siang dan malam ku,  Di bawah lampu malap,  Duduk terkenang,  masa silam. Yang lama dan hitam,  Masih berbekas di jiwa, Yang lama dan putih, Kadang se...