Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017
PUISI BONGOK - Kisah Dua Hati Tatkala dua hati itu bersama, Tali kasih semakin utuh, Disimpul mati katanya. Tatkala dua hati itu gembira, Luahan rasa segan silu, Bagai tiada rahsia keduanya. Tatkala dua hati itu senang,  Hari hari merindui, Hari hari ingin berjumpa. Tatkala dua hati itu bermain,  Seronok sekali tidak terhingga,  Terlupa dunia sementara. Tatkala dua hati itu berduka, Perasaan dikongsi bahu diberi, Agar berdua merasai derita. Tatkala dua hati itu bermasam muka, Keduanya berpaling tidak mahu bersua, Tidak mahu lagi jalan berdua.